☣ Lepak Malaysia ☣
Selamat Datang Ke Lepak Malaysia ! Harap korang donate la forum ni !
☣ Lepak Malaysia ☣
Selamat Datang Ke Lepak Malaysia ! Harap korang donate la forum ni !
☣ Lepak Malaysia ☣
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Semua Staff Sudah Di Buang Kecuali AimanZikry ,Cyber Hacker dan Adli n_n .
|
ღ(。◕‿◕)ღ SelAmat MeNYaMBuT BULAN RAmAdHAn AL-MuBAraK IkHLas Dari TeaM LePaKMaLaYsIa ღ(◕‿◕。)ღ
|
Versi Ke 2
Donation
Latest topics
» tips f0r couple
Penganjur BERSIH 2 Sedia Batalkan Perhimpunan Icon_minitimeFri Oct 21, 2011 4:51 am by AimanZikry

» hey alll!!!
Penganjur BERSIH 2 Sedia Batalkan Perhimpunan Icon_minitimeFri Oct 14, 2011 4:17 am by AimanZikry

» tk rase ke site nie da sepi??
Penganjur BERSIH 2 Sedia Batalkan Perhimpunan Icon_minitimeSun Sep 11, 2011 7:43 pm by fiQa_95

» connection of the darkness
Penganjur BERSIH 2 Sedia Batalkan Perhimpunan Icon_minitimeSun Sep 11, 2011 8:47 am by fiQa_95

» nk kate best,,tp mcm tk best je..haih
Penganjur BERSIH 2 Sedia Batalkan Perhimpunan Icon_minitimeSat Sep 03, 2011 3:21 am by AimanZikry

» hai wArGa LM!!
Penganjur BERSIH 2 Sedia Batalkan Perhimpunan Icon_minitimeWed Aug 24, 2011 7:09 am by AdLi n_n

» nk mntk smthing kt korg leyh x??
Penganjur BERSIH 2 Sedia Batalkan Perhimpunan Icon_minitimeMon Aug 22, 2011 12:34 pm by AdLi n_n

» Warning : Staff
Penganjur BERSIH 2 Sedia Batalkan Perhimpunan Icon_minitimeSat Aug 20, 2011 8:45 am by AdLi n_n

» Lepak Malaysia Sekarang Sudah Berversi 2
Penganjur BERSIH 2 Sedia Batalkan Perhimpunan Icon_minitimeSat Aug 20, 2011 8:43 am by AdLi n_n

Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Adsvertisement
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Penganjur BERSIH 2 Sedia Batalkan Perhimpunan

Go down 
2 posters
AuthorMessage
AimanZikry
Founder
Founder
AimanZikry


Posts : 91
Points : 5475
Join date : 20/06/2011
Age : 25
Location : Rumah Tok Aku

Penganjur BERSIH 2 Sedia Batalkan Perhimpunan Empty
PostSubject: Penganjur BERSIH 2 Sedia Batalkan Perhimpunan   Penganjur BERSIH 2 Sedia Batalkan Perhimpunan Icon_minitimeMon Jul 04, 2011 11:28 am

Dilihat sebagai perkembangan mengejutkan, Bersih 2.0 akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong sambil berkata gabungan itu berhasrat untuk menghadap baginda sebelum Sabtu ini dan bersedia membatalkan perhimpunan jika diminta berbuat demikian.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) yang baru sahaja balik daripada mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pagi ini mengumumkan pendirian itu pada sidang media di sini tengah hari ini.

Ambiga berkata keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat yang diadakan malam tadi ekoran titah Yang di-Pertuan Agong. “Bersih 2.0 menjunjung penghargaan yang tinggi ke atas Yang di-Pertuan Agong atas sokongan baginda berhubung aspirasi melakukan pembaharuan sistem pilihan raya.

“Bersih 2.0 akan akur dengan nasihat baginda agar diadakan perundingan, ke arah mencapai konsensus berhubung pembaharuan sistem pilihan raya dan pembangunan demokrasi di Malaysia,” kata beliau dengan membacakan kenyataannya di sini hari ini. Ambiga menambah Bersih 2.0 akan menulis kepada Istana Negara hari ini untuk meminta perkenan diadakan satu pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau enggan menyatakan apabila ditanya sama ada perhimpunan itu secara rasmi telah dibatalkan memandangkan baginda menekankan bahawa demonstrasi jalanan akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sebaliknya kata Ambiga, satu pengumuman rasmi akan dibuat sebaik sahaja pertemuan itu menjadi kenyataan.

Apabila ditanya sama ada pihaknya akan membatalkan perhimpunan atas permintaan baginda kelak, Ambiga berkata: “Ya.” Semalam, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.” “Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. “Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora,” titah baginda. “Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara,” titah baginda lagi.

Titah baginda muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat. Sehingga kini lebih 150 orang yang dikaikan dengan Himpunan Bersih 2.0 telah ditahan.

Tuanku Mizan berkata baginda sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Istana Negara dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Back to top Go down
https://lepakmalaysia.forumms.net
Cyber Hacker
Founder
Founder



Posts : 45
Points : 5875
Join date : 30/06/2011

Penganjur BERSIH 2 Sedia Batalkan Perhimpunan Empty
PostSubject: Re: Penganjur BERSIH 2 Sedia Batalkan Perhimpunan   Penganjur BERSIH 2 Sedia Batalkan Perhimpunan Icon_minitimeMon Jul 25, 2011 1:11 pm

Aku x cye la weii
Back to top Go down
 
Penganjur BERSIH 2 Sedia Batalkan Perhimpunan
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
☣ Lepak Malaysia ☣ :: BERITA SEMASA - ISU HANGAT :: Berita Dalam Negara-
Jump to: